Categories
SELANGOR

Harga petrol melampau, mana janji kerajaan bela rakyat?

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 JUN: Kenaikan harga petrol  ternyata menambah kerunsingan rakyat yang sedia terbeban dengan pelakasanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

RON95 dan diesel kini berharga RM2.05 seliter, manakala RON97 menjadi RM2.35 berbanding RM2.25 sebelum ini, selepas pengumuman rasmi kenaikan itu diumumkan kerajaan, berkuatkuasa 1 Jun lalu.

hasnahKerani, Hasnah Safian, 50, berkata dia yakin harga harga barang dan GST juga akan meningkat dan terus menambah bebanan sedia ada.

“Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan kata harga barang takkan naik. Itu mustahil kerana kos harian akan bertambah, peniaga tetap menaikkan harga barang.

“Perlaksanaan GST juga belum reda ditambah lagi dengan pengumuman kenaikan harga petrol. Rakyat hanya mampu hadam segala tindakan kerajaan yang tidak pro-rakyat,” katanya.

Kakitangan sokongan, Mohamad Ridzuan, 32, pula menyifatkan kenaikan 10 sen itu sedikit bagi kerajaan tetapi yang merasakan bebanannya adalah rakyat kerana bukan semua hidup senang.

ridzuan“Bagaimana rakyat yang bekerja buruh, penoreh dan ibu tunggal? Rakyat perlu memikirkan kesusahan yang mereka hadapi dan menjejaskan perbelanjaan seisi rumah.

“Mana keprihatinan kerajaan yang kononnya membela rakyat? Selepas kerajaan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang kami terima hanya bebanan bukan pembelaan,” katanya.

Sementara itu, suri rumah, Eliza Aini, 26, berkata bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung rakyat lebih besar berbanding pemberian BRIM yang diberi kerajaan.

“Kesan paling ketara dan bakal wujud selapas ini adalah kenaikan harga barang yang masih gagal ditangani kerajaan selepas perlaksanaan GST,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.