Categories
AGENDA NASIONAL

Harga petrol RON95, diesel kekal, RON97 naik 30 sen

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Harga runcit petrol RON97 naik 30 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 10 hingga 16 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.45 kepada RM3.75 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua jenis minyak tersebut telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran sebenar.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 23 FEB: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga bagi RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 24 Februari hingga 2 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.27 kepada RM3.29 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

RON97 naik enam sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 16 FEB: Harga runcit petrol RON97 naik enam sen seliter manakala harga bagi RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 17 hingga 23 Februari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.21 kepada RM3.27 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter kepada RM3.08 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Nov, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

MOF dalam kenyataan memaklumkan harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel kekal RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal sehingga 27 Okt

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel kekal sehingga 27 Okt ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel tidak berubah, masing-masing pada RM2.05, RM2.87 dan RM2.15 seliter.

Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya.

Menurut kementerian itu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik satu sen

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter kepada RM2.77 mulai esok hingga 13 Oktober, menurut Kementerian Kewangan hari ini.

Dalam kenyataan hari ini kementerian itu berkata bagaimanapun harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 sehingga 13 Oktober.

Menurutnya, ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran APM bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik satu sen

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Harga runcit petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada kadar RM2.05 dan RM2.15 seliter manakala harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter kepada RM2.76 mulai esok hingga 6 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu turut memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga runcit petrol, diesel kekal

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.05, RM2.73 dan RM2.15 seliter, bagi tempoh bermula esok hingga 22 Sept ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menyatakan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 turun dua sen

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Harga runcit petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada kadar RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh mulai esok hingga 1 Sept ini manakala harga runcit petrol RON97 turun dua sen seliter daripada RM2.74 kepada RM2.72.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

RON97 naik tiga sen, harga RON95 dan diesel tidak berubah

KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Harga runcit petrol RON97 naik tiga sen kepada RM2.73 seliter berbanding RM2.70 sebelum ini manakala harga RON95 dan diesel tidak berubah bermula tengah malam ini hingga 28 Julai ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 sen seliter manakala harga diesel kekal pada paras RM2.15 sen seliter.

Menurut kenyataan itu, harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” demikian menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga petrol, diesel kekal lagi seminggu

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada paras RM2.67, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Jun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” demikian menurut kenyataan itu.

Kerajaan, kata Kementerian Kewangan, akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga runcit petrol, diesel tidak berubah

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel tidak berubah, masing-masing pada RM2.05, RM2.61 dan RM2.15 seliter, bagi tempoh 27 Mei hingga 2 Jun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga adalah berasaskan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak, kerajaan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, sekalipun harga pasaran APM bagi RON95 dan diesel meningkat melangkaui harga siling semasa,” demikian menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

-BERNAMA