Categories
NASIONAL

Hasrat malim Kinabalu ke jinjang pelamin tak kesampaian

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KOTA BELUD, 16 JUN: Hasrat seorang malim Kinabalu untuk ke jinjang pelamin tidak kesampaian selepas terkorban dalam gempa bumi yang melanda Sabah, pada 5 Jun lalu.

Mendiang Valerian Joannes, 27, dan pasangannya Jessica Sikta, 25, baru sahaja mengikat tali pertunangan kira-kira lima bulan lalu dan merancang mengikat tali pertunangan selama dua tahun.

“Sedih dia dah tiada. Kami merancang untuk berkahwin tetapi apa boleh buat, kemalangan itu memang tidak dijangka,” kata Jessica kepada Selangor Kini.

SABAHsumbangan 12 keluarga termasuk kepada robbi (5)Ketika mengimbas kembali detik mendebarkan itu, Jessica berkata, ketika kejadian Valerian bersama seorang lagi malim Kinabalu, Ricky Maisirin sedang berusaha membawa pelancong Singapura keluar dari kawasan gempa bumi.

“Pada masa itu Valerian sedang mendukung kanak-kanak berumur 12 tahun bersama Ricky untuk bawa ke tempat selamat tetapi kedua-duanya terkorban. Kalau ikut cerita, Valerian ditimpa batu yang runtuh,” katanya.

Sementara itu, Selangor Kini dimaklumkan seorang lagi malim Kinabalu yang terkorban, Robbie Sapinggi, baru sahaja memperoleh cahaya mata pertamanya, kira-kira lima bulan lalu.

Kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala ritcher berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 Kilometer Barat Daya Ranau itu turut meragut seorang lagi malim Kinabalu, Joseph Salungin.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.