Categories
SELANGOR

Selangor & Persekutuan kerjasama promosi pelancongan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEKINCHAN, 16 JUN: Kerajaan Negeri menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan bekerjasama memajukan pelancongan di Selangor dalam usaha meningkatkan jumlah pelancong ke negara ini.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata ia adalah perkembangan positif bagi industri pelancongan khususnya di Selangor dan Malaysia amnya.

Katanya, kehadiran Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ke Sekinchan memperlihatkan tanda sokongan terhadap usaha memajukan pelancongan di kawasan berkenaan dan Tahun Melawat Selangor 2015.

Tourism bersama Dato nazri dan YB Ng Suee Lim melawat sekitar Sekinchan (7)“Ia adalah harapan bersama bagi membangunkan industri pelancongan di Sekinchan dan Selangor. Sekinchan kawasan luar bandar yang sedang berkembang pesat dalam bidang ini dengan kebanjiran ramai pelancong tempatan.

“Dengan kerjasama kementerian, kita harap Sekinchan akan popular di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sementara itu, Nazri berkata, kementerian akan bekerjasama memajukan industri terbabit seperti menggerakkan promosi dan publisiti supaya Selangor lebih dikenali dalam kalangan pelancong khususnya luar negara.

Tourism bersama Dato nazri dan YB Ng Suee Lim melawat sekitar Sekinchan (13)“Kita akan bantu termasuk pemberian geran jika perlu untuk membangunkan sesuatu kawasan bagi tujuan berkenaan.

“Selangor juga penting bagi mencapai sasaran 29.4 juta pelancong ke negara ini dan ia adalah negeri kedua teramai dilawati selepas Pahang,” katanya.

Nazri mengadakan lawatan kerja dan merasmikan pembukaan sebuah hotel di Sekinchan yang turut dihadiri Pembantu Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Gan Pei Nei.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.