Categories
SELANGOR

Inn Tepung Pelita tarikan utama Bazar Ramadan Seri Muda

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 JUN: Beratur panjang menjadi kebiasaan bagi peminat Inn Tepung Pelita bagi mendapatkan kuih yang turut dikenali dengan nama kuih sampan itu.

Dianggap hidangan pencuci mulut wajib di bulan Ramadan, seawal jam lima petang, pengunjung Bazar Ramadan Seri Muda mula beratur mendapatkan kuih yang dijual dengan harga RM2 bagi lima ketul.

KDAI HOT BAZAR SRI MUDA KUIH TPUNG PLITA 2Bagi Asmah Jumadil 27, Inn Tepung Pelita sangat berbeza dengan hidangan tepung pelita dari jenama lain yang dianggap ‘plain’ rasanya.

“Tetapi Inn Tepung Pelita ini rasa manis, lemak serta pandannya cukup sempurna dan betul-betul kena dengan peminat tepung pelita seperti saya.

“Jadi, setiap tahun memang saya datang sini untuk dapatkan tepung pelita ini. Ini merupakan juadah wajib berbuka saya,” katanya kepada Selangor Kini.

Turut bersetuju, Tengku Ariff Tengku Ahmad, 30 dari Seri Muda mengakui Inn Tepung Pelita menjadi pilihannya sejak zaman bujang lagi.

“Saya kahwin pun sudah lima tahun, sebelum itu lagi saya sudah biasa membeli juadah ini.

“Jadi bayangkanlah berapa lama mereka bertahan. Saya pasti mereka bertahan kerana kualiti yang sentiasa diutamakan,” katanya yang hadir bersama isteri.

KDAI HOT BAZAR SRI MUDA KUIH TPUNG PLITABagaimanapun, usaha Selangor Kini mendapatkan komen wakil Inn Tepung Pelita tidak berhasil ekoran kesibukan mereka melayani pelanggan yang beratur panjang.

Difahamkan, Inn Tepung Pelita turut dijual di bazar lain sekitar Shah Alam dan jualan kebiasaannya habis terjual sebelum jam enam petang setiap hari.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.