Categories
NASIONAL

Kakitangan MAS diperjudi kerajaan, mohon Azmin tawar skim perniagaan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 JUN: Kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) melahirkan kekesalan ekoran sikap tidak bertanggungjawab pengurusan yang menamatkan perkhidmatan mereka tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang bakal dihadapi mereka.

Jurutera MAS yang hanya ingin dikenali Zul, 33, berkata dia yang sudah berkhidmat 16 tahun adalah salah seorang kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan ekoran pensturkturan semula MAS.

Katanya, perkara terbabit di luar jangkaannya dan keluarga kerana yakin mempunyai peluang dan masa depan yang lebih terjamin ketika menerima tawaran bekerja di MAS.

MH17 a“Memang tidak sangka jadi macam ini. Saya masih memikirkan apa nasib kami sekeluarga kerana ia di luar jangkaan.

“Buat masa ini, saya masih belum menerima surat dari syarikat,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Bapa kepada empat cahaya mata itu mengakui tertekan dengan masalah itu namun bersyukur sokongan keluarga dan isteri dapat menenangkan dirinya.

“Masalah ini buatkan hidup tak menentu. Berfikir mana hala tuju untuk smenyara keluarga dan perlu cari kerja lain untuk menampung hidup.

“Sebagai ketua keluarga, saya mempunyai banyak tanggungjawab terutama isteri tak bekerja. Setakat ini, saya belum terima sebarang tawaran dari syarikat penerbangan lain.

“Saya belum mencari kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Bagi saya, kerja susah nak cari terutama bidang penerbangan, pasaran kerja ‘tepu’ dan susah untuk orang ambil bekerja.

“Jika ditawarkan bekerja kontrak juga ada risiko, bahkanlebih berbahaya daripada diberhentikan kerja. Selepas kontrak tamat, terpaksa juga mencari kerja lain tetapi pampasan diterima tidak banyak,” katanya.

Zul berharap nasibnya dan kakitangan lain terbela jika ada pihak yang menghulurkan bantuan.

“Sebelum ini, Menteri Pengangkutan pernah memberitahu untuk membantu kami, namun ia sekadar janji.

AZMIN PC“Kami berharap Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dapat memberi bantuan dengan memberi peluang pekerjaan atau menawarkan skim bantuan perniagaan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri ketika ini.

“Lihat nasib pekerja bawahan, kemahiran mereka agak kurang dari kami. Itu lebih menyedihkan,” katanya.

Selain itu, Shah, 32, yang berkhidmat dengan syarikat terbabit sebagai pramugara sejak lapan tahun lalu mengakui tidak berpuas hati dengan masalah yang berlaku.

Katanya, walaupun ditawarkan kontrak selama setahun, namun ia tidak menjanjikan nasibnya akan terbela selepas ini.

“Bagi saya, ini cara syarikat kerana tidak mahu membayar pampasan. Ada rakan yang ditawarkan kontrak hanya tiga bulan.

“Saya masih belum meneliti isi kandungan kontrak itu, namun ia buatkan saya tawar hati untuk bekerja,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.