Categories
NASIONAL

MB: Henti percakaran, fokus aspirasi rakyat

Oleh: NAEEM RAFFI

KOTA BHARU, 17 JUN: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meneruskan kerja keras demi mempertahankan aspirasi rakyat dan menolak sebarang bentuk pencakaran yang mampu membantutkan usaha itu.

Mohamed Azmin berkata, beliau sentiasa sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mahu menengakkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan aspirasi rakyat.

“Saya tidak gemar terus bercakaran kerana kita diberi amanah untuk memenuhi harapan dan aspirasi rakyat.

DSC_7584“Mereka menaruh harapan tinggi kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk terus membawa perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Delegasi Selangor ke Kelantan di Hotel Perdana, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Faudzi Che Mamat dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan.

Mohemad Azmin bersama 45 delegasi Selangor turun ke Kelantan bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bantuan Banjir ‘Rumah Desa Darul Ehsan’ di Manik Urai, hari ini.

DSC_7470Katannya, aspirasi rakyat yang menaruh harapan tinggi kepada Pakatan untuk membawa perubahan perlu didahulukan.

“Mungkin ada pihak yang cemburu atas sambutan Kerajaan Kelantan terhadap Selangor.

“Namun, berulang kali dijelaskan, saya diberi amanah untuk bekerja. Saya akan terus bekerja dengan mereka yang mahu menegakkan keadilan dan kebenaran dalam mempertahankan aspirasi rakyat.

“Itu adalah harapan saya untuk semua,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.