Categories
SELANGOR

MB: Peduli rakyat paksi Kerajaan Negeri

Oleh: NAEEM RAFFI

KOTA BHARU, 16 JUN: Dasar peduli rakyat yang menjadi paksi Kerajaan Selangor tidak terbatas dan melangkaui negeri lain, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kesediaan Selangor itu ekoran kelebihan dan kemampuan khazanah miliknya bagi membantu rakyat yang memerlukan.

“Dengan kelebihan dan khazanah yang dimiliki, Selangor uruskan dengan amanah serta bertanggungjawab untuk menyatakan kepeduliaan kepada rakyat termasuk di luar negeri ini.

DSC_7470 “Atas dasar itu, Selangor menyalurkan sedikit bantuan kepada rakyat Kelantan yang terlibat dengan bencana banjir, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Delegasi Selangor ke Kelantan di Hotel Perdana, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Kerajaan Kelantan, Faudzi Che Mamat dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan.

Mohemad Azmin bersama 45 delegasi Selangor turun ke Kelantan hari ini bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bantuan Banjir ‘Rumah Desa Darul Ehsan’ di Manik Urai yang dijadualkan esok.

DSC_7449Kerajaan Selangor membina 60 unit rumah pasang siap dengan kos hampir RM6 juta bagi membantu rakyat yang kehilangan tempat berteduh akibat bencana banjir di Kelantan, Disember lalu.

Ia dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Saya amat menghargai sumbangan GLC Selangor, swasta dan badan korporat yang membolehkan kita menyatakan kesediaan membina 60 unit rumah untuk mangsa banjir dan diserahkan sebelum 1 Syawal ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.