Categories
NASIONAL

PKR: Keputusan mesyuarat diumum masa sesuai

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 17 JUN: Keputusan mesyuarat PKR  bakal diumumkan pada masa sesuai kerana ada beberapa perkara memerlukan rundingan lanjut dengan pihak terlibat.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, namun beliau bagaimanapun tidak memberitahu pihak mana yang terlibat dengan rundingan itu.

“Kita bermesyuarat panjang dan kita dah ada keputusan (tetapi) cuma ada beberapa yang perlu dibincangkan dan dirundingkan sedikit lagi.

PKR“Parti keluarkan kenyataan dalam dalam masa difikirkan sesuai dan yang lain itu semua dalam ilmu Allah,” kata Rafizi kepada media selepas menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat PKR di sini, malam tadi.
Ketika ditanya keputusan mesyuarat malam ini sebagai positif, beliau hanya meminta pihak media menunggu kenyataan media dikeluarkan PKR.

“Kami semua (keluar mesyuarat dengan) senyum. Tunggu kenyataan,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin pula ketika menjawab sama ada PKR terus menjalin hubungan dengan DAP dan PAS, beliau berkata PKR komited terhadap mandat yang diberikan rakyat.

“Kita kawan dengan rakyat. Positif dengan mandat yang diberikan rakyat,” kata beliau.

Turut kelihatan dalam mesyuarat malam ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, R Surendran; Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan beberapa orang lagi.

Wan Azizah yang turun bersama Nurul Izzah bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan.

Mesyuarat yang berakhir kira-kira jam 12.05 malam tadi diadakan berikutan kenyataan DAP yang mendakwa Pakatan Rakyat (Pakatan) dibubarkan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.