Categories
SELANGOR

MB: Perjanjian air selesai dua minggu lagi

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 12 JUN: Perjanjian induk berkenaan penstrukturan semula industri air Selangor dijangka selesai dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, pertemuan bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk memuktamadkan perjanjian air dalam masa terdekat juga memuaskan.

MB Azmin“Saya sudah jumpa menteri semalam. Pertemuan yang baik dengan menghasilkan satu keputusan iaitu kedua-dua pihak bersetuju memuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid serta Penyerahan Bantuan Moreh Masjid dan Surau Selangor di Masjid Negeri, hari ini.

Berkenaan keputusan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) yang mungkin membatalkan perjanjian dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Mohamed Azmin berkata, ia terserah kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk berbincang.

syabassKatanya, KeTTHA akan menentukan sama ada tuntutan PNHB dalam perjanjian jual beli Air Selangor munasabah atau tidak.

“Isu bayaran tidak dibincang semalam. Sebaliknya, kita bincang berkenaan indsutri perkhidmatan air akan dimuktamadkan dan beberapa pertikaian selesai.

“Antara dimuktamadkan adalah perjanjian utama yang perlu disimpulkan untuk tempoh tiga bulan pertama tahun lalu dan ia mengambil sedikit masa untuk diselesaikan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.