Categories
SELANGOR

MB: Bubar DNS bukan penyelesaian kemelut DAP-PAS

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 12 JUN: Tiada isu membabitkan pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) di sebalik pergeseran dua parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan) iaitu DAP dan PAS.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tumpuan harus diberikan terhadap masa depan Pakatan yang tidak tertumpu kepada sesebuah parti.

“(Bubar DUN) itu bukan isu,” katanya pada Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid serta Penyerahan Bantuan Moreh Masjid dan Surau Selangor di Masjid Negeri, di sini, hari ini.

markshort mb4Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, pihaknya sudah mengadakan pertemuan bersama DAP beberapa hari lalu susulan krisis dalam Pakatan.

Katanya, perbincangan berkenaan perkara itu akan diteruskan melalui pertemuan dari masa ke masa.

“Kita bincang senario secara keseluruhan, masa depan Pakatan. Beberapa hari lalu kita bincang dan masih diteruskan serta sering berjumpa,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata, PKR tidak akan tunduk kepada tekanan sebarang pihak yang meminta parti itu memilih memutuskan hubungan sama ada dengan PAS atau DAP dalam meneruskan pentadbiran Selangor.

Beliau berkata, setiap masalah perlu diselesaikan secara bersama walaupun ada percanggahan antara parti komponen dalam Pakatan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.