Categories
SELANGOR

MB: Selesai di meja rundingan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang mampu mengeruhkan hubungan antara parti dalam gabungan itu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata pemimpin PR perlu meneruskan fokus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang memberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan dalam pilihan raya umum lalu.

markshort mb4“Tidak perlu menyerang di media. Berulang kali saya dah kata, kita ada tanggungjawab besar kepada rakyat.

“Jangan kita khianati amanah dan sokongan rakyat.

“Saya mengajak semua pimpinan Pakatan buang ego masing-masing.  Beri tumpuan untuk negeri dan negara,” katanya kepada Selangor Kini di lobi Parlimen, hari ini.

Mohamed Azmin menyarankan semua pihak terlibat menyelesaikan isu berbangkit di meja rundingan.

Katanya, rakyat hanya mahu sebuah kerajaan yang stabil bagi memastikan dasar dan hala tuju untuk mereka dapat direalisasikan.

Sebelum itu, segelintir pimpinan Pakatan berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat mampu mengeruhkan lagi hubungan antara parti dalam gabungan itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.