Categories
SELANGOR

MB: Rekod prestasi faktor kemenangan Iskandar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Kerajaan Negeri mengamalkan dasar tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah parti termasuk isu pemilihan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang berakhir, 6 Jun lalu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata beliau percaya prestasi memberangsangkan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menjadi salah satu faktor mempengaruhi kemenangan beliau sebagai Naib Presiden PAS.

azmin“Itu keputusan perwakilan PAS. Kita tak campur urusan pemilihan itu, namun Datuk Iskandar sebagai Adun dan Exco memang dah beri perkhidmatan yang baik di peringkat negerin mengikut dasar diputuskan.

“Kita memang tak campur kedudukan beliau dalam parti, namun saya percaya kemenangannya berdasarkan sumbangan kepada Pakatan keseluruhannya. Ini mungkin jadi pertimbangan di muktamar,” katanya kepada Selangor Kini di lobi Dewan Parlimen, di sini, hari ini.

Pada muktamar itu, Iskandar memenangi satu daripada tiga kerusi Naib Presiden yang dipertandingkanndan dua kerusi lagi dimenangi Idris Ahmad dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.