Categories
NASIONAL

Minyak naik lagi, Najib terus main sandiwara

SHAH ALAM, 30 JUN: Kerajaan Persekutuan sekali lagi menambah beban rakyat apabila mengumumkan kenaikan harga bahan api bermula tengah malam ini walaupun kejatuhan harga minyak dunia, sejak 10 Jun lalu.

Harga minyak petrol RON95 akan naik 10 sen seliter, manakala RON97 pula naik 20 sen seliter tetapi diesel kekal pada kadar semasa.

Memetik Bernama, Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti, berkata harga baharu RON95 kini RM2.15 seliter, manakala RON97 (RM2.55 seliter) selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

minyak“Harga itu berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini,” katanya.

Kenaikan itu mendapat pelbagai reaksi negatif masyarakat yang menganggap kerajaan menyusahkan golongan berpendapatan rendah terutama menjelang Aidilfitri.

Beberapa pengguna dalam laman Facebook Berita Harian Online menyatakan rasa tidak puas hati atas kenaikan itu, namun ada yang menyatakan sokongan secara sinis.

“PM kita baru je nak beramah mesra dengan rakyat kat bazar ramadan seluruh negara bagi melihat keperihatinannya kepada rakyat..tapi itu semua sandiwara semata-mata…good pak jib…,” tulis Sharul Anuar.

Sementara itu, seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Adyie Rasid menyifatkan hak rakyat yang diambil kerajaan adalah haram dunia akhirat.

“Walau 1 sen yang kamu ambil dari hak kami. Tiada halal buat kamu. Kami haramksn dunia akhirat..,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.