Categories
SELANGOR

MPSJ jadi PBT pertama terima Green World Ambassador 2015

SUBANG JAYA, 30 JUN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) muncul pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang dianugerahkan Green World Ambassador 2015 di United Kingdom.

Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata ia berikutan usaha gigih PBT itu membentuk Pelan Tindakan Bandar Hijau 2030 di samping memperkenalkan inisiatif hijau.

“Tahun lalu, MPSJ memenangi Green Apple Environment Award melalui pelaksanaan inisiatif hijau dan Biomass MPSJ.

IMG-20150629-WA0020“Ia adalah kejayaan berganda MPSJ dalam usaha melaksanakan pelbagai inisiatif hijau, sekali gus memartabatkannya sebagai Green World Ambassador,” katanya dalam kenyataan.

Majlis penganugerahan itu berlangsung di Leicester Square, London, United Kingdom yang dihadiri Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, pada 29 Jun lalu.

The Green Organisation adalah badan bebas yang ditubuhkan pada 1994 untuk menggalak dan mengiktiraf amalan penjagaan alam sekitar sesebuah pertubuhan, organisasi, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan kerajaan di seluruh dunia.

Sebagai Green World Ambassador, inisiatif hijau MPSJ melalui projek My Biomass Way akan diterbitkan dalam The Green Book bagi memberi peluang kepada golongan profesional mempelajari pengalaman serta kepakaran PBT itu dalam melaksanakan perkara berkenaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.