Categories
SELANGOR

Pasukan LADA juara bola sepak pantai MDKL

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 22 JUN: Pasukan bola sepak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dinobat johan bola sepak pantai Piala Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2015 yang membawa pulang wang tunai RM3,000, pingat dan piala pusingan.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata pasukan NR City (UiTM Shah Alam) menduduki tempat kedua yang membawa pulang tunai RM2,000 manakala tempat ketiga milik pasukan Hanelang Terengganu (RM1,000).

DSC_0972“Sebanyak 36 pasukan seluruh negara bertanding dalam kejohanan itu. Hujan lebat seawal jam 6 pagi juga tidak mematahkan semangat lebih 350 peserta yang hadir,” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Azhar berkata, Pantai Morib sudah tidak asing bagi peserta bola sepak pantai tanahair sejak menjadi lokasi Kejohanan Bola Sepak Pantai Sukan Malaysia (SUKMA) 2013.

“Kemudahan infrastruktur dan landskap menjadikan ia antara lokasi terbaik penganjuran acara bola sepak pantai atau sukan lain.

“Buat pertama kali, kejohanan ini disertai pasukan SUMS FC yang mewakil Stesyen Udara Maritim Subang dan turut memberi saingan sengit kepada pasukan lain walaupun tidak berjaya ke perlawanan akhir,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.