Categories
SELANGOR

Pengorbanan 111 malim gunung & ahli radio amatur dihargai

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUNDASANG, 14 JUN: Pengorbanan 111 malim gunung dan ahli radio amatur bertungkus lumus menyelamatkan mangsa terperangkap di Gunung Kinabalu ekoran gempa bumi mendapat perhatian Kerajaan Selangor.

Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor, Dr Daroyah Alwi hari ini menyerahkan sumbangan bagi meringankan bebanan apabila kehilangan sumber pendapatan ekoran aktiviti pendakian ditutup selama tiga bulan.

malim gunung“Saya ‘salute’ kepada malim-malim ini sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan nyawa orang lain.

“Mereka ‘unsung heroes’ bukan sahaja kepada rakyat Sabah atau Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia  yang terharu dengan keberanian mereka menyelamatkan nyawa mangsa.

“Sumbangan ini diharap meringankan beban dan mendorong Kerajaan Sabah serta Persekutuan tampil membantu mereka,” kata Dr Daroyah.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 90 malim gunung dan 21 ahli radio amatur di Dewan Nabalu di kaki gunung tertinggi Asia Tenggara itu.

Kerajaan Selangor turut menghulurkan sumbangan kepada Persatuan Malim Gunung Kinabalu.

Jelas Dr Daroyah, sumbangan itu diberikan secara terus kepada penerima tanpa melibatkan orang tengah.

Kata Dr Daroyah lagi, ahli radio amatur juga memainkan peranan penting dalam usaha mencari dan menyelamat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.