Categories
SELANGOR

Peniaga tak jaga kebersihan didenda RM1,000

Oleh : AFEEQA AFEERA

KAJANG, 21 JUN: Peniaga di bazar Ramadan bakal berdepan hukuman penalti jika didapati gagal mematuhi arahan kebersihan dan keselamatan penjualan makanan.

Pengarah Jabatan Perlesenan dan Penjaja Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamaruzaman Salimin, berkata kesalahan lebih daripada tiga kali membolehkan pihak Majlis mengarahkan peniaga keluar tapak.

Bazar Ramadan“Penalti itu merangkumi 15 jenis kesalahan jika peniaga didapati bersalah, maka kita tolak 15 peratus dari wang cagaran mereka.

“Namun, jika perkara sama masih berulang, wang cagaran tapak perniagaan dirampas dan peniaga diarahkan keluar dari tapak,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan dekat Dataran Prima Saujana, di sini.

Katanya setiap penganjur bazar Ramadan dikenakan cagaran berjumlah antara RM2,500 hingga RM4,000.

Selain itu, katanya peniaga juga boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 jika tidak menjaga kebersihan selepas tamat berniaga di kawasan masing-masing.

“Kita juga menasihatkan peniaga supaya mengambil suntikan dan sentiasa berada di tapak jualan sepanjang perniagaan berlangsung.

“Tindakan ini adalah bagi memastikan kebersihan makanan terjamin khususnya bagi pembeli di bazar itu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.