Categories
SELANGOR

Pinda enakmen perladangan unggas

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 JUN: Kerajaan Negeri mengambil tindakan selanjutnya berhubung aduan penduduk di Kerling dalam masalah ternakan ayam secara komersial.

Adun Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong berkata pihaknya sudah menerima maklum balas daripada Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam tindakan isu terbabit.

“Saya sudah menerima surat maklum balas daripada Dato’ Menteri Besar untuk memanggil Pegawai Undang-Undang Negeri susulan surat cadangan saya yang mahu Enakmen Perladangan Unggas dipinda,” katanya kepada Selangorkini.

Lee Kee Hiong aKee Hiong berkata sebelum ini, pihaknya banyak menerima aduan dari penduduk di Kerling yang terpaksa menghidu bau busuk akibat aktiviti penternakan ayam.

Katanya, antara aduan yang sering diterima mengenai pencemaran bau dan lalat yang berulang terutama setiap kali penghantaran ayam daging untuk proses jualan.

“Penduduk terpaksa berdepan masalah tahi ayam dan cecair busuk sepanjang jalan selain lalat memenuhi kediaman,” katanya.

Dalam cadangan itu, Kee Hiong mahu ladang ayam itu dipindahkan dalam jarak minimum 500 Meter dari rumah, sekolah, klinik dan rumah ibadat.

“Ia perlu ditingkatkan dari 200 Meter ke 500 meter.

“Manakala bagi ternakan ayam 30,000 ekor secara komersial. Ia perlu dalam jarak satu kilometer,” katanya.

Selain itu, beliau mahu Jabatan Veterinar Selangor mengenakan syarat ketat supaya ladang ternakan diwajibkan dilengkapi dengan alat pembunuh serangga elektronik mahupun konvensional bagi tujuan penternakan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.