Categories
SELANGOR

PKNS sasar perolehan RM1 bilion tahun ini

SHAH ALAM, 4 JUN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mensasarkan perolehan RM1 billion tahun ini berbanding RM1.1 bilion, pada 2014.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah, berkata sasaran itu berkurangan RM0.1 bilion kerana mengambil kira keadaan ekonomi tidak menentu dan pembangunan sektor hartanah yang lembab.

Katanya, PKNS bagaimanapun dijangka masih dapat mengekalkan taraf perolehan yang stabil ekoran fokus utamanya membangunkan 37 projek rumah mampu milik melibatkan 10,587 unit tahun ini.

tuan Haji PKNS a“Sasaran kita berkurang kerana mengambil kira pelbagai faktor terutama keadaan ekonomi semasa, namun kita yakin mampu kekalkan taraf perolehan.

“Nilai keseluruhan pembangunan projek rumah mampu milik yang dirancang bermula tahun ini hingga 2019 pula membabitkan RM424.7 juta dan dijangka akan diseimbangkan dengan perolehan pulangan balik,” katanya.

Azlan berkata, PKNS juga meneruskan produk pembangunan hartanah seperti banglo, rumah berkembar dan rumah teres di pusat pertumbuhan barunya seperti di Shah Alam, Antara Gapi, Kota Puteri serta Bernam Jaya.

“Kerancakan projek ini memperlihatkan peranan PKNS sebagai peneraju pembangunan dan pencetus peluang masih relevan dikekalkan dalam menghadapi cabaran pembangunan ekonomi tahun ini.

“Di samping itu, polisi pembangunan PKNS bagi pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik sebanyak 38 peratus, kos sederhana (47%) dan kos tinggi (15%) juga masih dikekalkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.