Categories
SELANGOR

Semarak Ramadan meriahkan bulan taqwa

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 16 JUN: Program Semarak Ramadan Perdana Selangor 2015 dilancarkan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memastikan keagungan dan kemeriahan bulan itu sebagai ‘bulan taqwa’.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Ahmad Yunus Hairi, berkata program bertemakan ‘Ramadhan-Tarbiah Buat Keluargaku’ itu adalah kesinambungan program Ihya’ Ramadhan yang dimulakan sejak 2011.

IMG_2393“Sebagai pembaharuan dan memberi nafas baru, program itu dijenama semula. Ia bagi memastikan keagungan dan kemeriahan Ramadan terus diraikan segenap lapisan masyarakat.

“JAIS turut menyediakan pelbagai pengisian yang attraktif dan interaktif,” kataya dalam kenyataan kepada Selangor Kini.

Semarak Ramadan melibatkan program iftar dan tazkirah santai di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bermula 2 hingga 27 Ramadan, diskusi khas muslimat, qiammullail dan sahur perdana serta street dakwah.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri mengambil kesempatan mengucapkan ‘Ramadan Kareem’ dan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.