Categories
SELANGOR

Semarak Ramadan meriahkan bulan taqwa

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 16 JUN: Program Semarak Ramadan Perdana Selangor 2015 dilancarkan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memastikan keagungan dan kemeriahan bulan itu sebagai ‘bulan taqwa’.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Ahmad Yunus Hairi, berkata program bertemakan ‘Ramadhan-Tarbiah Buat Keluargaku’ itu adalah kesinambungan program Ihya’ Ramadhan yang dimulakan sejak 2011.

IMG_2393“Sebagai pembaharuan dan memberi nafas baru, program itu dijenama semula. Ia bagi memastikan keagungan dan kemeriahan Ramadan terus diraikan segenap lapisan masyarakat.

“JAIS turut menyediakan pelbagai pengisian yang attraktif dan interaktif,” kataya dalam kenyataan kepada Selangor Kini.

Semarak Ramadan melibatkan program iftar dan tazkirah santai di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bermula 2 hingga 27 Ramadan, diskusi khas muslimat, qiammullail dan sahur perdana serta street dakwah.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri mengambil kesempatan mengucapkan ‘Ramadan Kareem’ dan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Selangor peruntuk lebih RM597,000 semarak Ramadan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 12 JUN : Lebih RM597,000 diperuntukkan Kerajaan Selangor untuk pelaksanaan Program Semarak Ramadan peringkat negeri tahun ini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata program itu akan dilaksanakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama stanco Hal Ehwal Islam, Belia dan Wanita.

Katanya, ia bagi menyokong usaha dakwah di peringkat negeri selain menyantuni golongan belia melalui pelbagai penganjuran program.

Multaqa penyerahan moreh sempena Ramadhan 2015 MB (7)“Usaha ini dibuat untuk memastikan Selangor bukan sahaja maju dalam ekonomi, bahkan turut menegaskan prinsip pembangunan akhlak dan sahsiah,” katanya pada Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid serta Penyerahan Bantuan Moreh Masjid dan Surau Selangor di Masjid Negeri, hari ini.

Sekurang-kurangnya tiga buah masjid di setiap daerah dikenal pasti untuk pelaksanan Program Diskusi Muslimat, Tadarus dan Tadabbur Belia serta Qiamullail Perdana.

Pada majlis sama, Kerajaan Negeri turut meneruskan tradisi menyumbang bantuan moreh kepada lebih 1,100 masjid dan surau di negeri itu.

Setiap masjid menerima sumbangan RM1,650, sementara surau solat Jumaat (RM1,250) dan surau (RM1,000).

“Semoga bantuan moreh ini mampu membantu menggerakkan aktiviti masjid dan surau sepanjang Ramadan ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor pergiat program agama, ilmiah sempena Ramadan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 JUN: Kerajaan Negeri mengambl inisiatif dengan menganjurkan pelbagai program berbentuk agama dan ilmiah khusus untuk rakyat Selangor bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan, bermula esok (29 Jun).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha murni itu diselenggara secara kolektif di bawah portfolio agama, belia dan sukan bersama hal ehwal wanita dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta beberapa agensi lain.

DSC_5440Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Program Berbuka Puasa dan Tazkirah Santai Bersama Belia, Program Diskusi Wanita, Program Iftar Perdana, Program Munajat dan Qiamullail, Program Tadarus Belia serta Sahur Perdana peringkat Negeri Selangor.

“Sebagai kerajaan prihatin, Selangor menyedari implikasi Ramadan sebagai bulan tarbiah kepada seluruh umat Islam untuk memperbaiki diri mereka.

“Melalui program ini, setiap hari di bulan Ramadan bakal diisi dengan pelbagai aktiviti santapan jiwa yang tidak melanggar syariat Islam.

DSC_5518“Kerajaan Negeri berharap semua program yang dirancang bakal mendapat sambutan dan mendekatkan masyarakat dengan suasana hidup penuh sefahaman, memantapkan perpaduan ummah, memakmurkan masjid, menanam jiwa taufik kepada Allah serta membina jiwa manusia yang bertakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Semarak Ramadan Peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam,, di sini, semalam.

DSC_5515Hadir sama, Exco Negeri iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Halimah Ali dan Dr Ahmad Yunus Hairi serta Timbalan Pengarah JAIS, Mohd Zaki Arshad.

Program anjuran Kerajaan Negeri yang diadakan setiap tahun itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat serata negeri dengan dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Antara program yang dijalankan adalah tazkirah santai bersama penceramah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus; pelakon Yasin Yahya dan model, Felixia Yeap.

-NFN-