Categories
SELANGOR

Shamshida: “Telur mata kerbau pun ok”

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 JUN: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tetap bersederhana dalam melalui Ramadan walaupun kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu negeri.

Isterinya, Shamshida Taharin berkata, Mohamed Azmin langsung tidak cerewet walaupun berbuka puasa hanya dengan telur goreng.

“Suami saya seorang yang sangat ‘simple’ dalam banyak perkara termasuk makan. Berbuka dengan hanya telur mata kerbau pun beliau ok.

shamsidar“Kami anak ramai, ada enam orang. Jadi, kami akan dahulukan anak. Apa yang mereka makan, itu yang kami makan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau memberitahu, minuman teh panas, air kosong dan kurma adalah menu wajib berbuka puasa Mohamed Azmin.

“Tiga juadah ini antara yang wajib disediakan. Beliau tak cerewet dengan apa yang saya sediakan.

bubur masjid 1“Lepas balik solat sunat tarawih, beliau akan makan nasi. Sahur tidak akan makan berat,” katanya.

Shamsidar berkata, beliau bersyukur kerana Mohamed Azmin sedaya upaya meluangkan masa bersama keluarga walaupun sibuk dengan urusan negeri.

“Alhamdulillah, pertama Ramadan kami berbuka puasa di rumah ibu beliau dan tarawih bersama keluarga di masjid berhampiran. Itu rutin harian kami sama seperti keluarga lain,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.