‘500 ribu rakyat berhimpun, kenapa sasarkan anak saya?’

Dato’ Menteri Besar,Mohamed Azmin Ali mencabar UMNO supaya bersemuka dengannya tanpa menekan ahli keluarga beliau hingga memaksa memberikan keterangan .

Categories
SELANGOR

PEKAWANIS rangka program tingkat kemahiran penghuni Rumah Arafiah

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 OGOS: Kira-kira 23 penghuni di Rumah Perlindungan Puteri Arafiah, di sini, dirai dalam Sambutan Hari Raya Aidiltri, pada 12 Ogos lalu.

Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Shamsida Taharin; Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail dan Pengurus Rumah Perlindungan Puteri Arafiah, Norhayati Mohd Yussoff.

Shamsida berkata, pihaknya sedang merangka beberapa cadangan untuk menambah dan menyediakan program pembelajaran bagi pelatih di rumah itu.

IMG_5077“Buat masa ini, kita tidak bercadang untuk memperluaskan operasi rumah ini. Apa yang akan dilakukan, kita mahu beberapa program ilmiah bagi memantapkan lagi pemulihan mereka.

“Buat masa ini, kita berjaya membantu sepanjang dua tahun mereka menjalani pemulihan,” katanya kepada Selangor Kini.

Rumah Perlindungan Puteri Arafiah adalah pusat penjagaan dan perlindungan remaja puteri di bawah umur 21 tahun anjuran PEKAWANIS yang ditubuhkan sejak Jun 2011.

Ia bertujuan membantu kumpulan remaja yang tersasar dalam gejala sosial kembali ke pangkal jalan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Shamshida: “Telur mata kerbau pun ok”

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 JUN: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tetap bersederhana dalam melalui Ramadan walaupun kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu negeri.

Isterinya, Shamshida Taharin berkata, Mohamed Azmin langsung tidak cerewet walaupun berbuka puasa hanya dengan telur goreng.

“Suami saya seorang yang sangat ‘simple’ dalam banyak perkara termasuk makan. Berbuka dengan hanya telur mata kerbau pun beliau ok.

shamsidar“Kami anak ramai, ada enam orang. Jadi, kami akan dahulukan anak. Apa yang mereka makan, itu yang kami makan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau memberitahu, minuman teh panas, air kosong dan kurma adalah menu wajib berbuka puasa Mohamed Azmin.

“Tiga juadah ini antara yang wajib disediakan. Beliau tak cerewet dengan apa yang saya sediakan.

bubur masjid 1“Lepas balik solat sunat tarawih, beliau akan makan nasi. Sahur tidak akan makan berat,” katanya.

Shamsidar berkata, beliau bersyukur kerana Mohamed Azmin sedaya upaya meluangkan masa bersama keluarga walaupun sibuk dengan urusan negeri.

“Alhamdulillah, pertama Ramadan kami berbuka puasa di rumah ibu beliau dan tarawih bersama keluarga di masjid berhampiran. Itu rutin harian kami sama seperti keluarga lain,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pekawanis, Puspanita Selangor erat hubungan 2 hala

Oleh: SYASYA SUFFIAN

SHAH ALAM, 17 MAC: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) mengadakan satu perjumpaan ramah mesra bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Selangor.

Isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Shamshida Taharin berkata, ia adalah perjumpaan pertama kali antara Pekawanis bersama Puspanita bagi mengeratkan lagi hubungan antara dua pertubuhan.

pekawanisBeliau berkata, turut hadir dalam perjumpaan itu adalah Setiausaha Puspanita, Aziah Kamurdin; Exco Kesihatan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi dan anggota Puspanita dari beberapa daerah.

“Perjumpaan buat pertama kali ini bertujuan untuk berkenalan antara dua pertubuhan bagi merancang program bersama.

“Pekawanis bercadang mengadakan program mingguan Tadabur Al-quran bersama tazkirah dan tafsir al-quran.

“Saya juga mengharapkan setiap program yang dijalankan akan menjadi lebih baik dengan jayanya pada masa hadapan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pekawanis terus aktif bantu rakyat Selangor

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 9 NOV: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) akan terus bergerak aktif dalam pelbagai program kebajikan di seluruh Selangor.

“Saya percaya dengan barisan ahli jawatankuasa dinamik dan dengan semangat disuntik, Pekawanis mampu memberi idea dan cadangan hebat.

shamsidar“InsyaAllah, kita akan dapat melaksanakan program untuk kebaikan rakyat Selangor,” kata Shamshida Taharin selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Pekawanis yang baru, semalam.

Beliau berkata, dirinya lebih senang bersikap terbuka dan semua ahli boleh bersuara memberikan cadangan kepada Pekawanis bagi membantu Kerajaan Negeri menjayakan program untuk kebaikan rakyat Selangor.

Katanya, dalam mesyuarat diadakan, Pekawanis membincangkan untuk mengadakan beberapa program dan berharap ia dapat dijayakan khasnya program berkaitan musim cuti damn kembali ke sekolah.

“Kita bercadang untuk mengadakan program seperti Back To School secara besar-besaran di mana setiap Dun akan meletakkan 50 pelajar serta program berkhatan dan gunting rambut iaitu kita akan membantu anak-anak kurang berkemampuan dan untuk persiapan kembali ke sekolah,” katanya dengan harapan program terbabit dapat dijayakan nanti.

Isteri Dato’ Menteri Besar juga berharap kerjasama antara ahli jwatankuasa dan semua ahli dapat dipertingkat untuk memperkukuhkan Pekawanis supay dapat menabur bakti dengan lebih berkesan kepada rakyat di Selangor

“Apabila kita ada sesuautu program, ahli-ahli akan bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa di dalam melaksanakannya dan saya harap ia akan menjadi lebih ke hadapan,” katanya yang juga dalam perancangan mengadakan program ZiarahMedik.

Rakyat patut ambil manfaat program kebajikan MES

Isteri Dato’ Menteri Besar, Shamsidar Taharin mengajak seluruh rakyat khususnya golongan wanita mengambil manfaat pelbagai program agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) disediakan Kerajaan Negeri.

Pekawanis mahu laksana idea baru untuk rakyat Selangor

Isteri Menteri Besar, Shamsidar Taharin berhasrat untuk turun padang mendekati dan membantu rakyat Selangor melalui pertubuhan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).