Categories
SELANGOR

Utama aspek kebersihan, peniaga jangan fikir keuntungan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 10 JUN: Dua kejadian keracunan makanan dilaporkan tahun lalu perlu dijadikan pengajaran kepada peniaga dan pengunjung berkenaan kepentingan pemilihan serta pengendalian makan di bazar Ramadan.

Exco Kebajikan, Kesihatan dan Hal Ehwal Wanita, Daroyah Alwi, berkata peniaga dinasihatkan tidak memandang remeh berkenaan perkara itu dan jangan hanya memikirkan keuntungan.

bazar ramadan“Penting bagi pengendali makanan untuk menghadiri taklimat dan mendapatkan suntikan vaksin typhoid sebelum dibenarkan berniaga.

“Peniaga juga perlu sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan memastikan makanan dijual bersih dan tidak disimpan melebihi tempoh empat jam pada suhu bilik,” katanya dalam kenyataan media.

Daroyah berkata, antara faktor yang menyumbang kepada kejadian keracunan adalah penyimpanan makanan yang dimasak melebihi tempoh emoat jam.

dr daroyah“Penyediaan dan penyimpanan yang tidak mengikut garis panduan boleh menyebabkan bakteria merebak yang menjadi faktor keracunan makanan oleh Bakteria Salmonella.

“Individu yang dikesan jangkitan itu akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan,” katanya.

Pengunjung dinasihatkan memilih premis makanan yang bersih dan mengamlkan tabiat menghidu, bau serta rasa sebelum membeli bagi mengelak berlaku keracunan makanan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.