Categories
SELANGOR

Pameran ‘Satu Hati Satu Jiwa’ sempena Hari Kemerdekaan

Oleh HAFIZAN TAIB
SHAH ALAM 22 JUL: Yayasan Seni Selangor akan menganjurkan pameran ‘Satu Hati Satu Jiwa’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Galeri Shah Alam di sini, mulai 16 Ogos.

Penolong Kurator, Iszuan Ismail, berkata pameran selama sebulan itu bagi mengajak masyarakat menghayati bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Kita anjurkan pameran hingga 16 September dengan kerjasama beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Selangor (Unisel) dan sebagainya,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, pelukis dan artis yang menyertai pameran dari kursus pengajian seni lukis dan seni reka universiti berkenaan.

“Ia memberi peluang orang ramai mengunjungi galeri serta menyaksikan lukisan dan produk seni,” katanya.

Iszuan berkata, Yayasan Seni Selangor banyak menganjurkan pameran dan aktiviti di galeri sejak awal hingga hujung tahun.

“Lebih kurang 27 pameran diadakan dan sambutan orang ramai menggalakkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.