Categories
SELANGOR

Air: Kerajaan Persekutuan sengaja cari sebab jatuhkan MB

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 7 JULAI: Kerajaan Persekutaan dalang yang menyebabkan isu air gagal diselesaikan hingga kesalahan itu diletakkan kepada Dato’ Menteri Besar, Mohamad Azmin Ali.

Exco Perumahan, Pengurusan bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata seharusnya usaha gigih Mohamed Azmin turun naik ke Putrajaya selesai tetapi perjanjian tidak ditandatangani.

yb iskandar 1“Tetapi, Kerajaan Persekutuan tidak mahu menandatangi persetujuan yang dibuat dua minggu lalu, bahkan sengaja meletakkan syarat baru menjadikannya tertangguh.

“Sebenarnya, persetujuan itu sudah siap selepas Kerajaan Negeri selesaikan tiga masalah yang dikemukakan Kerajaan Persekutuan tetapi kini ditambah syarat baru yang seakan sengaja meletakkan halangan untuk persetujuan diteruskan,” katanya.

Iskandar berkata, sebenarnya masalah berhubung isu air sudah berlaku sebelum Mohamed Azmin dilantik menjadi menteri besar.

“Kami kini dalam usaha menyelesaikan isu ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi menteri besar. Jadi, kesalahan tidakboleh diletakkan sepenuhnya kepada Mohamed Azmin.

“Kerajaan Persekutuan harus mengambil tindakan sama untuk segera menyelesaikan masalah ini demi kebaikan rakyat bukan cuba mencari sebab menjatuhkan menteri besar,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.