Categories
KENYATAAN MEDIA

Anwar: Bersatu & bertekad selamatkan negara kita

Oleh: FAHMI FADZIL

Berikut adalah perutusan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia yang disampaikan melalui peguam beliau pada 21 Julai 2015:

“Negara kita terus berada di dalam krisis yang semakin teruk, manakala kerajaan BN terus menafikan keadaan ini. Nilai mata wang ringgit merudum, tatkala rasuah dan skandal kewangan mencapai tahap yang belum pernah disaksikan sejak Merdeka lagi.

Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita.

Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, yang akan melibatkan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

Permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat.

Marilah kita ketepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain dan berikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.”

# Fahmi Fadzil adalah Pengarah Komunikasi PKR

Leave a Reply

Your email address will not be published.