Categories
NASIONAL

Azmin: Najib perlu belajar ketelusan dari David Cameron

SHAH ALAM, 29 JUL: Kehadiran Perdana Menteri Britain, David Cameron ke Malaysia dicemari dakwaan tidak henti-henti terhadap pemimpin pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Anwar adalah tahanan politik yang membawa perubahan apabila hampir mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Katanya, namun akibat penipuan dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak menyebabkan usaha Anwar menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian.

MB Azmin“Secara kebetulan, skandal berkenaan pemindahan dana ke akaun peribadi Najib bertepatan dengan mengadakan pilihan raya umum lalu,” kata Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dalam kenyataan media.

Mohamed Azmin berkata, umum kini tahu Najib diselubungi dakwaan skandal dana lebih RM2 bilion berkaitan Malaysian Investment Development Berhad (1MDB) yang disalurkan ke akaun peribadinya seperti didedahkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

“Dakwan itu sehingga kini tidak dinafikan Perdana Menteri melainkan penafian sambil lewa,” katanya.

Katanya, lawatan Cameron diharap memberikan mesej kepada Najib berkenaan kerajaan Britain yang menyokong kebebasan, demokrasi, kedaulatan undang-undang dan kerajaan telus.

Leave a Reply

Your email address will not be published.