Categories
SELANGOR

Bawa bekas guna semula elak pencemaran

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM 7 JUL: Pengunjung bazar Ramadan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) digalakkan membawa bekas guna semula bagi mengurangkan penggunaan plastik dan polisterina.

MBPJ dalam satu kenyataan berkata ia bertujuan mewujudkan Petaling Jaya sebagai bandaraya bersih, hijau dan efisien.

Kakitangan MBPJ bertugas di kaunter pengumpulan minyak masak terpakai“Anugerah diberi kepada peniaga dan pengunjung bertuah sekiranya mereka memenuhi syarat kelayakan menggunakan mangkuk tingkat dan pembungkus dari bahan biodegradable,” kata Sekretariat Media MBPJ dalam kenyataan media.

Katanya, MBPJ membuka kaunter di beberapa lokasi bazar bagi membolehkan peniaga dan pengunjung menjual minyak masak terpakai berharga RM0.80 sekilogram.

“Kaunter penembusan hadiah dibuka bagi pengunjung yang membawa bekas makanan sendiri semasa membeli makanan dan minuman di bazar Ramadan terpilih,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.