Categories
SELANGOR

Bukan retakan landasan LDP tapi jaring pembinaan

SHAH ALAM, 24 JUL: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan berlaku keretakan pada landasan di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat sini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awamnya, Mahmood Abdul Razak, berkata garisan tebal pada gambar yang didakwa retak sebenarnya dua jaring yang menutupi landasan itu.

24retak.transformed“Ia sambungan dua helai jaring dijahit bersama dan bukan retakan pada konkrit seperti dibincang dalam media sosial.

“Jaring itu diletak sebagai langkah berjaga-jaga kerana kerja masih dijalankan,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Mahmood juga menasihati pengguna supaya tidak bimbang ketika memandu di bawah landasan terbabit.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.