Categories
SELANGOR

Exco: Perlawanan dengan Liverpool hanya untungkan syarikat swasta

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 21 JUL: Keputusan Selangor tidak membenarkan pemainnya mewakili pasukan kebangsaan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Liverpool kerana dilihat tidak membantu perkembangan bola sepak negara.

Exco Sukan, Amirudin Shari, berkata Selangor lebih berminat memberi tumpuan terhadap persiapan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super.

amir“Keputusan saya tidak melepaskan pemain Selangor mewakili Malaysia XI menentang Liverpool kerana panggilan FAM bukan semboyan bola sepak tanahair yang boleh mengembalikan kegemilangan dan maruah bola sepak Malaysia.

“Malah, kita menghantar beberapa pemain Selangor menentang Tottenham Hotspur dan mendapati tiada sebarang manfaat kepada pembangunan bola sepak Malaysia,” katanya dalam status Instagram.

Pengurus Red Giants itu berkata, perlawanan berkenaan adalah kelolaan syarikat swasta dengan sejumlah wang dibayar kepada Liverpool FC.

Amirudin1“Mengapa kita perlu dahulukan kepentingan ‘syarikat penganjur’ daripada pembangunan bola sepak negara?

“Perlawanan ini tiada kena-mengena dengan ranking FIFA. Kami akan menghantar pemain mewakili negara jika ia penting dan demi menjaga maruah bola sepak negara,” katanya.

Katanya, Selangor mahu memperbetulkan persepsi dalam kalangan masyarakat iaitu bola sepak bukan ‘alat dagangan’ yang boleh dibeli dengan wang ringgit.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.