Categories
SELANGOR

FOMCA sambut baik penyelesaian isu air

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 JUL: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyambut baik usaha memuktamadkan penstrukturan industri air Selangor bagi kepentingan rakyat di negeri itu.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata ia sekali gus meleraikan isu yang sudah berlarutan sejak sekian lama terutama kebimbangan berkenaan krisis bekalan.

FOMCA“Selagi penstrukturan air tidak dimuktamadkan, ia akan menimbulkan pelbagai masalah antaranya krisis bekalan yang dibimbangi akan berlaku.

“Kalau persediaan tak dibuat disebabkan kegagalan memuktamadkan perjanjian, maka usaha untuk memastikan kelangsungan bekalan air di Selangor akan terjejas,” katanya kepada Selangor Kini.

Yusof berkata, kejayaan itu juga akan memudahkan usaha pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 termasuk pembangunan di Selangor.

Pada 10 Julai lalu, Kerajaan Negeri dan Persekutuan berjaya memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Lembah Klang melalui perjanjian persefahaman (MoU) tambahan yang ditandatangani kedua-dua pihak.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.