Categories
NASIONAL

GST cukai zalim ‘gigit’ rakyat

Oleh: NAEEM RAFFI

KUANTAN, 8 JUL: Singkatan GST bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan dilabel sebagai cukai ‘Gigit Sampai Tulang – GST’ apabila ia memberi kesan mendalam kepada kehidupan harian rakyat.

Adun Chuah, Chai Tong Chai, berkata tidak cukup cukai zalim itu ‘menggigit rakyat’, Kerajaan Persekutuan menambah lagi beban dengan kenaikan harga barangan, tol, minyak dan diesel di saat umat Islam bakal menyambut aidilfitri.

“Cukai dahulu (Cukai Jualan dan Perkhidmatan-SST) hanya ‘menggigit’ orang kaya sahaja tetapi GST semua pihak kena termasuk orang miskin.

yb chai tong chai -adun chuah“Bila rakyat mengeluh, disuruhnya berjimat dan jangan pulang ke kampung. Mungkin rakyat hanya digalakkan pulang ke kampung bila pilihan raya dengan harapan membuang undi kepada mereka,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan sumbangan 150 pek agihan Ramadan, di Masjid Al-Khairiah Batu 7, Kuantan, di sini, semalam.

Beliau yang mewakili Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyampaikan bantuan berkenaan kepada Setiuasaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus.

Sementara itu, Kamarzaman berkata, di saat Kerajaan Persekutuan memberi fokus menjana pendapatan negara dengan menindas rakyat, Selangor muncul menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan pembelaan walaupun melangkaui batas sempadan.

IMG_6082“Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat dan ia mampu dilakukan lebih lagi jika berjaya mengambil alih negara.

“GST bukan penyelesaian tunggal dalam meningkatkan pendapatan negara, bahkan pendapatan mampu ditingkatkan dengan cara memerangi ketirisan, rasuah dan ketidaktelusan seperti yang ditonjolkan Selangor,” katanya.

Misi bantuan bersama dua lori 10 tan dengan kekuatan 10 sukarelawan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu sebelum singgah di Machang (8 Julai) dan Gua Musang, Kelantan (9 Julai) bagi mengagihkan baki 800 pek bantuan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.