Categories
NASIONAL

Iskandar: Jadi parti inklusif, jangan tumpu program dalaman sahaja

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 JUL: Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad mengingatkan pemimpin dan ahli PAS tidak hanya menumpukan perhatian kepada program dalaman parti sahaja.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, ahli PAS perlu ‘terjun’ ke dalam masyarakat dengan merasai sendiri keperitan yang dilalui dan memahami hasrat serta keperitan rakyat.

“Walaupun program pembinaan dan pengukuhan ahli amat penting tetapi jangan pula rakyat dilupakan.

Iskandar Samad“Program khusus untuk rakyat perlu sentiasa dianjurkan. Atau program inklusif yang membolehkan masyarakat turut bersama.

“Mereka tidak seharusnya ‘syok sendiri’ jika program dihadiri begitu ramai ahli tetapi kurang mendapat perhatian masyarakat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, penganjuran program yang melibatkan ahli tidak lebih seperti ‘touch and go’ yang bertujuan mendapat ‘political mileage’ sahaja.

PAS juga diingatkan tidak cepat terpesona dengan pujian sebaliknya memahami realiti suasana politik masa kini.

“PAS mesti menjadi parti inklusif bukan eksklusif, beri peluang kepada semua untuk beperanan dan mengambil kira pandangan semua bukan pandangan ahli atau kelompok tertentu sahaja,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.