Categories
SELANGOR

Lebih 200 pelajar KUIS terima manfaat biasiswa RM5 juta

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 10 JULAI: Lebih 200 mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mendapat manfaat daripada biasiswa pendidikan Al-Quran berjumlah RM5 juta yang disediakan Kerajaan Negeri.

Timbalan Rektor, Pengurusan Korporat, Pembangunan dan Pengantarabangsaannya, Dr Zulkifli Abd Hamid, berkata penubuhan Tabung Biasiswa Pendidikan Tahfiz Wal Qiraat itu akan membantu KUIS ke arah menjadi hub bagi melahirkan huffaz khususnya di Selangor dan peringkat nasional.

KUIS2“Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri sentiasa mendepani usaha memelihara dan mendaulatkan Al-Quran serta pembangunan pendidikan bidang itu di Selangor.

“Ia mendatangkan manfaat kepada lebih 200 mahasiswa iaitu 142 peringkat diploma dan 92 lagi ijazah sarjana muda,” katanya kepada Selangor Kini.

Zulkifli berkata, semua mereka ditaja sepenuhnya oleh tabung biasiswa meliputi yuran pengajian,kos penginapan dan wang sara diri.

Katanya, penubuhan tabung biasiswa itu membuktikan Kerajaan Negeri sangat memelihara Al-Quran dan mencari keredaan Allah menuju sebuah negeri yang makmur.

“KUIS merakam penghargaan tertinggi kepada Kerajaan Negeri dalam usaha murni ini. Semoga Selangor akan sentiasa dilimpahi rahmat dengan keberkatan Al-Quran,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.