Categories
SELANGOR

Lima pensyarah terima pengiktirafan UNISEL

SHAH ALAM, 1 JUL: Lima penyertaan terbaik pertandingan reka cipta logo rasmi Institut Darul Ehsan (IDE) menerima pengiktirafan Universiti Selangor (UNISEL).

Pertandingan disertai tenaga pengajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UNISEL itu dipilih IDE bagi menyumbang idea kreatif penghasilan logo rasmi mereka.

11110865_909570025785626_8813217011010013931_nSemua peserta menerima sijil penghargaan peringkat universiti daripada Naib Canselornya, Prof Dr Anuar Ahmad yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.

Difahamkan, pemenang akan menerima wang tunai berjumlah RM500 bagi pemenang, manakala RM200 saguhati kepada empat penyertaan yang tidak berjaya.

IDE adalah ‘think tank’ Kerajaan Selangor yang berupaya membantu merangka polisi, hala tuju dan kebijakan bagi membangunkan kecemerlangan negeri dalam dimensi ekonomi, sosio politik, pembangunan seimbang, tatakelola kerajaan (good governance) serta kemajmukan masyarakat.

IDE juga berfungsi merencana dan merangka program strategik bagi mewujudkan masyarakat progresif yang demokratik, sejahtera, berilmu, bertamadun dan bermoral tinggi, komited dengan prinsip kebenaran serta keadilan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.