Categories
NASIONAL

Muslim Care meterai pembelian hartanah di Poland

Oleh: AFIX REDZUAN

WARSAW, 8 JUL: Muslim Care Malaysia berjaya mencapai persetujuan pembelian sebuah hartanah di Poland bagi pembangunan umat Islam khususnya pelarian Chechnya.

Kata sepakat dicapai bersama pemilik hartanah di Skalnicowa 7, Warsaw, Poland bernilai 1.625 juta Zloty atau RM1.7 juta.

Timbalan Presiden Muslim Care, Mohd Johari Ismail, berkata pembelian hartanah itu penting selaras dengan tujuan kehadiran Muslim Care Malaysia ke Poland yang mahu membuka sebuah Pusat Islam dan Dakwah.

11698555_10204594214315683_2006260507123361539_n“Alhamdulillah, kelihatan urusan dipermudah penjual dan mereka yang terlibat.

“Daripada segi terma, kita dimaklumkan ia mudah dan diusahakan penjual. Beliau akan mendapatkan pengesahan dari kementerian hartanah dengan mengeluarkan satu transkrip pelepasan atau kebenaran untuk badan bukan kerajaan (NGO) dari luar Poland membeli hartanah,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, urusan dokumentasi di Poland hampir sama seperti dilakukan di Malaysia dan berharap dapat diselesaikan secepat mungkin.

Hartanah dengan keluasan 18,000 kaki persegi dimiliki Lukszasz, 38, dan isteri, Eva, 39, sejak 10 tahun lalu.

IMG_1034aPusat Islam dan Dakwah itu bakal berperanan sebagai masjid, pusat pendidikan kanak-kanak dan dewasa, aktiviti dakwah, pusat pengumpulan pelajar Malaysia serta pusat pengumpulan bekalan makanan halal kepada kem pelarian Islam Chechnya di Poland.

Menyentuh pandangan selama hampir lima hari di Poland, beliau berkata, misi kali ini berjaya dengan jalinan kerjasama antara Kerajaan Selangor dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Katanya, Kerajaan Selangor kini ke arah mengantarabangsakan kebajikan ke seluruh dunia khususnya buat umat Islam yang memerlukan bantuan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.