Categories
NASIONAL

Arahan bercuti amalan standard antarabangsa

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 JUL: Kebanyakan individu yang melakukan pecah amanah dalam organisasi korporat dan jabatan kerajaan seluruh dunia akan diarahkan bercuti atau digantung tugas sehingga siasatan selesai dijalankan, kata Bekas Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.

Katanya, hal itu kerana kehadiran tertuduh di tempat kerja hanya memberi peluang untuknya merosakkan atau melupus bukti yang boleh mensabitkan dengan tuduhan yang dikenakan.

Dr Rosli YaakopDr Rosli berkata, keadaan tertuduh yang masih berkuasa juga mampu mendorongnya mengambil tindakan bagi menghalang saksi tampil ke hadapan selain kemungkinan merosakkan bukti.

“Seingat saya, belum ada ketua negara lain berhadapan tuduhan masukkan dana awam ke dalam akaun peribadi seperti tuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi, dah jadi amalan standard di peringkat antarabangsa iaitu individu dituduh pecah amanah kena bercuti.

“Di Malaysia, anggota kerajaan yang disiasat, contohnya pegawai Jabatan Kastam juga akan disuruh bercuti,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

najib-1mdb-copyKatanya, tindakan sama juga akan diambil ke atas syarikat korporat besar seluruh dunia walaupun melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Justeru itu, Dr Rosli menyokong penuh saranan supaya Najib bercuti bagi memelihara kredibiliti siasatan ke atasnya.

Terdahulu, pasukan khas siasatan yang terdiri daripada Bank Negara (BNM), polis, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi memulakan siasatan terhadap dakwaan wang RM2.6 bilion dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.