Categories
SELANGOR

Penjaja pasar pagi Sekinchan perlu seragam khemah

Oleh: NORHAYATI UMOR

SEKINCHAN, 8 JUL: Penjaja pasar pagi di Sekinchan diminta untuk menyeragamkan penggunaan khemah seperti yang diputuskan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata hal itupihaknya kerana tidak mahu ada ketidakpuasan hati penjaja lain jika ada dalam kalangan mereka yang mendirikan lebih daripada sebuah khemah.

ngsueelim“Kebanyakan peniaga menggunakan khemah lebih daripada sebuah seperti penjual bawang dan pakaian.

“Jadi, kita tidak mahu mereka bergaduh sesama sendiri. Oleh kerana itu, kita mahu mereka menyambut baik khemah seragam ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Suee Lim berkata, Kerajaan Negeri sebulat suara bersetuju untuk mencantikkan dan membuat pembaharuan semula pasar pagi mingguan, namun ditentang sebilangan penjaja.

“Penjaja di pasar pagi Selasa terutama khemah yang menjual pakaian masih ingkar dan tidak mahu untuk berkompromi serta mencetuskan kontroversi.

“Kita faham kenapa mereka tidak bersetuju dan mencetuskan provokasi. Oleh kerana penjaja tempatan sudah menerima khemah seragam, maka sewajarnya yang lain mengikut dasar ini,” katanya.

150705 setia alam-04Sejak 2011, pasar di Kuala Langat, Hulu Selangor, Petaling Jaya, Subang, Selayang dan Kajang sudah mengikuti jejak pemasangan khemah seragam itu.

“Saya berharap masalah ini akan selesai. Semua penjaja perlu menerima, bertolak ansur dan berubah untuk pelaksanaan ini bagi mencantikkan alam sekitar,” katanya.

MDSB sebelum ini memberi notis kepada penjaja yang memerlukan untuk mereka beralih kepada khemah 10×10 kaki, sejak Disember lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.