Categories
SELANGOR

PKNS tambah projek sistem bangunan berindustri

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 JUL: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina lebih banyak projek bercirikan sistem bangunan berindustri (IBS).

Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) PKNS, Datuk Abdul Ghani Hashim, berkata sistem itu juga akan digunakan bagi projek berskala besar seperti pembinaan rumah pangsa.

“Antara projek terkini, sistem IBS dilaksanakan di penempatan semula Bukit Botak, Selayang.

pkns1“Ia terdiri dari 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat. Antara kompenan IBS yang digunakan adalah ‘Steel Formwork Systems’ dan ‘Block Work Systems’,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, kelebihan penggunaan IBS dapat menjimatkan kos antaranya pengurangan pekerja kurang mahir, kurang penggunaan jumlah bahan binaan, peningkatan kebersihan alam sekitar dan tapak pembinaan serta kawalan lebih berkualiti.

“Kelebihan ini akan menggalakkan tapak pembinaan lebih selamat dan teratur, di samping mengurangkan masa siap kerja.

“Banyak pemaju Malaysia bertaraf dunia memilih IBS dan bukan kaedah konvensional untuk projek penting seperti Menara Petronas, Putrajaya, KL Sentral dan KLIA,” katanya.

IBS adalah proses pembinaan membabitkan teknik, produk, kompenan atau sistem binaan yang menggunakan komponen pasang siap dan pemasangan di tapak binaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.