Categories
SELANGOR

Bantuan LZS tidak terhad di Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 10 JUL: Bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak terhad kepada asnaf di negeri itu dan kemudahan turut dinikmati golongan sama di negeri lain.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali, berkata institusi itu mempunyai peruntukan khas setiap tahun melalui program ‘Selangor Prihatin’ bagi disalurkan kepada negeri memerlukan antaranya Perlis, Kelantan, Perak dan Kedah.

Zakat1“Program ini kita peruntukan RM10 juta untuk membantu asnaf seperti membina perkampungan mereka di Perlis dan projek agro-ekonomi.

“Sementara itu, di Kelantan pula kita buat projek tanam lada yang dikontrakkan kepada syarikat Nestle dan beberapa projek lain di beberapa negeri,” katanya kepada Selangor Kini.

Hussin berkata, program itu membuktikan keprihatinan LZS dalam membantu insan yang memerlukan walaupun mereka bukan berada di Selangor.

Katanya, setiap program yang dilakukan di luar Selangor mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kita mahu rakyat di negeri lain turut merasai apa yang dimiliki asnaf Selangor,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.