Categories
SELANGOR

RM4.8 juta naik taraf sungai elak banjir di Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 7 JULAI: Bagi mengatasi isu banjir di Kajang, Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM4,8 juta bagi kerja menaiktaraf Sungai Jeluh berhampiran Pasar Bandar Kajang.

Kerja menaiktaraf bermula 31 Mac 2015 hingga 30 Mac 2016 itu dilaksanakan syarikat yang dilantik Jabatan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, Raf Bina (M) Sdn Bhd.

kajang 4Exco Infrastruktur, Mohd Zaidy Abdul Talib berkata, pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sudah pun menyerahkan notis pengosongan kepada 33 pemilik gerai yang didirikan di atas tanah rezab sungai di kawasan terlibat.

“Pihak kontraktor tidak dapat melaksanakan kemajuan kerja mengikut jadual perancangan di tapak kerja disebabkan pemilik gerai masih belum berpindah seperti diarahkan walaupun peniaga ini diberikan tapak di pasar.

“Sebelum ini tiga notis pengosongan diserahkan MPKj, yang pertama berakhir pada 31 Mei, notis kedua berakhir pada 16 Jun dan notis ketiga berakhir pada 22 Julai 2015.

“Diharap peniaga dapat memikirkan bukan kepentingan sendiri sahaja tetapi kepentingan awam lebih utama,” kata Mohd Zaidy pada sidang media Lawatan Tapak Projek Sungai Jeluh di bandar Kajang di sini, semalam.

Jelas Mohd Zaidy, Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan sebarang cadangan wakil peniaga terbabit berhubung tapak niaga baru yang diperuntukkan Kerajaan Negeri.

kajang 3“Isu pampasan tidak timbul sebab tanah ini memang tanah rizab sungai dan tempoh pajakan juga sudah tamat tetapi MPKj boleh mendengar cadangan mereka berhubung tapak baru itu, asalkan mereka mahu berpindah,” kata Mohd Zaidy lagi.

Sementara itu ketika menyentuh kerugian ditanggung akibat kelewatan projek yang sudah mencecah 50 hari, Mohd Zaidy berkata, pihak kontraktor kerugian kira-kira RM523,100 dan dijangka terus meningkat.

Jumlah kerugian itu merangkumi kelewatan kerja berdasarkan kemajuan kerja seperti kos jentera, kos pemasangan struktur ‘L-shape’, kos buruh dan kos kerja harian sebanyak RM486,000.

Manakala kelewatan kerja perobohan mengakibatkan anggaran kerugian sebanyak RM37,100 yang melibatkan kos jentera, kos buruh dan kos lori apabila kedua-dua faktor ini memberi implikasi kepada JPS Selangor.

“Selain kerugian kewangan, semakin lambat disiapkan, bandar Kajang terus berdepan masalah banjir terutama pada musim tengkujuh yang membawa hujan banyak,” kata Mohd Zaidy lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.