Categories
SELANGOR

Semak tunggakan cukai melalui e-perkhidmatan

Oleh SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM 24 JULAI: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menawarkan perkhidmatan E-Perkhidmatan bagi membolehkan orang ramai membuat semakan cukai taksiran.

Yang Dipertuanya, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, orang ramai boleh menjelaskan tunggakan cukai dan cukai taksiran semasa bagi penggal kedua 2015 yang dihantar sejak awal bulan.

“Ia bagi memberi kesedaran mengenai tanggungjawab menjelaskan cukai taksiran dalam memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat.

“Jika gagal membayar tunggakan cukai taksiran, tindakan boleh diambil dan waran tangkap dikeluarkan selain menyita harta pemilik,” katanya pada kenyataaan media.

Mohd Azhar berkata, bayaran juga boleh dibuat di kaunter Jabatan Perbendaharaan (Tingkat 1), Ibu Pejabat MDKL pada atau sebelum 31 Ogos 2015.

Katanya, MDKL juga menyediakan kaunter bergerak di Taman Banting Baru pada Isnin, Taman Perwira (Selasa), Taman Sri Rambai (Rabu) dan beberapa kawasan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.