Categories
SELANGOR

Tingkat kapasiti pengeluaran tiga loji, atasi masalah air dua daerah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 JUL: Kerajaan Negeri mengarahkan operator loji rawatan meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi mengatasi masalah kesulitan bekalan air dihadapi pengguna di Hulu Langat dan Kuala Langat.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata ia antara beberapa langkah dipraktikkan bersama Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), Splash, Abass dan Konsortium Air Selangor Sdn Bhd manakala kawasan loji adalah Sungai Labu, Salak Tinggi dan Cheras Batu 11.

Katanya, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) juga diarahkan meningkatkan pengagihan rumah pam Wangsa Maju dari SSP1 dan SSP3 ke Pudu Ulu kerana dengan itu dapat mengurangkan kawasan agihan dari Loji Rawaran Air Sungai Langat.

Zaidy“Kerajaan Negeri prihatin dan bersimpati dengan kesulitan dihadapi pengguna di dua lakosi ini terutama ketika Ramadan dan musim perayaan.

“Antara punca gangguan bekalan air di kawasan terbabit semakin serius adalah kekurangan jumlah air terawat yang tidak dapat disalurkan SYABAS kepada pengguna.

“Selain itu, berlaku gangguan operasi loji menyebabkan air terawat tidak dapat disalurkan sebaiknya kepada pengguna. Keadaan bertambah buruk apabila kerosakan teknikal menyebabkan gangguan bekalan air terus berlaku,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri turut mengarahkan Puncak Niaga untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air di Loji BRH kerana ia dapat membantu menampung agihan di sebahagian kawasan Kuala Selangor.

empangan-selangor-sept-3Pada masa sama, beliau berkata, bekalan air dari Loji SSP 1 dapat dialihkan ke Kolam Lipat Kajang bagi membantu kawasan Sijangkang dan Kuala Langat.

“Selain itu, projek Mitigasi 2 yang dijadualkan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini akan mengambil alih sebahagian kawasan agihan Loji Sungai Semenyih dan Sungai Langat.

“Antara kawasan terbabit adalah Seputeh, Petaling Jaya dan USJ. Projek ini juga akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran air di Loji Rasa dan akan mengambil alih kawasan Rawang dari SSP3,” katanya.

Zaidy berkata, langkah mengatasi gangguan bekalan air dicadangkan untuk jangka pendek dan Kerajaan Negeri komited dalam pelaksanaan Projek Langat 2 yang dijangka siap sepenuhnya pada 2019 seterusnya menyelesaikan gangguan bekalan air di Selangor sepenuhnya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.