Categories
SELANGOR

PKNS Real Estate anjur buka puasa di tujuh lokasi

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 JUL: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Al Islah dan Maahad Tahfiz Hidayatul Muttaqin sempena Program Kembara Ramadan ke rumah kebajikan.

Pengurus Besar PREC, Fakru Radzi Ab Ghani, berkata ia bertujuan sebagai inisiatif menyambut Ramadan dengan memberi sumbangan kepada rumah kebajikan, pelajar tahfiz, anak yatim dan ibu tunggal.

“Antara bentuk bantuan yang diberi adalah barangan keperluan asas, peralatan beribadah dan wang ringgit.

PKNSRE 2“Program ini juga bagi memupuk dan mengeratkan ukhwah tanda keprihatinan PREC kepada insan yang kurang bernasib baik,” katanya pada Majlis Buka Puasa Sempena Festival Ramadan Selangor 2015, di sini, semalam.

Fakru Radzi berkata, program akan diteruskan ke lima buah organisasi iaitu Darul Miftah As-Saadah, Martah Lil Banat, Rumah Amal Al Firdaus, Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah.

“PREC juga akan membuat lawatan ke beberapa rumah anak yatim dan Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah Selangor untuk memberi sumbangan.

“Anak yatim akan kami bawa ke kompleks kami untuk membelih baju raya. Duit raya akan diberi bagi menambah keceriaan menyambut Aidilfitri,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.