Categories
NASIONAL

Xinjiang: Malaysia perlu berani tegur China

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 01 JUL: Kerajaan Malaysia perlu berani menyampaikan mesej kepada China supaya menarik semula larangan berpuasa terhadap masyarakat Uyghur di wilayah Xinjiang.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata ia berikutan amalan berpuasa tidak mendatangkan mudarat kepada China atau pentadbirannya.

raimi abim“Kita akan beri tekanan dan saranan untuk Malaysia menyampaikan mesej bagi mendapatkan penjelasan China berkenaan tindakan mereka.

“Ada keperluan mendesak untuk negara Islam menyampaikan mesej jelas bahawa isu Xinjiang perlu campur tangan dan demokrasi masyarakat serta organisasi Islam,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, kuasa besar yang dimiliki China dalam pentadbirannya menjadi kekangan buat negara lain untuk campur tangan ekoran bimbang bakal menggugat hubungan diplomatik.

Katanya, kerajaan Islam perlu berani tampil ke hadapan memberi teguran bagi memastikan umat Islam minoriti di wilayah itu mendapat pembelaan sewajarnya.

“Atas alasan itu, tiada negara Islam yang tampil ke depan secara tegas untuk menegur sikap China.

uyghur“Dari segi hubungan diplomatik, ia akan terganggu namun kita perlu berani dan sanggup menyampaikan mesej berbentuk teguran terhadap halangan hak asasi agama di sana,” katanya.

Kerajaan China melarang penjawat awam, pelajar dan guru terutama di kawasan majoriti Islam Xinjiang daripada berpuasa pada bulan Ramadan serta mengarahkan restoran dibuka.

Kerajaan komunis itu sudah bertahun cuba mengetatkan undang-undang berkenaan di Xinjiang yang banyak dihuni umat Islam Uyghur.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.