Categories
SELANGOR

1,000 sertai Karnival Sihat Selangor

Oleh:LIZAWATI MADFA

KUALA LANGAT, 16 OGOS: Hampir 1,000 peserta menyertai Karnival Sihat Selangor peringkat Daerah Kuala Langat di sekitar Morib di sini pagi ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata komitmen berkenaan menunjukkan rakyat Selangor sedia merealisasikan hasrat mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya, aktiviti seperti berjalan dan berbasikal yang dilaksanakan hari ini juga seharusnya dijadikan amalan berkala bagi menjamin kesihatan.

Karnival Sihat“Syabas kepada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) atas komitmen ditunjukkan dengan kesemua peserta lengkap berjalan sejauh 7 kilometer bagi 10,000 langkah.

“Sesetengah pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya buat syarat sahaja, berjalan sedikit. Tahniah kepada semua yang benar-benar berjalan 10,000 langkah,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam majlis perasmian Karnival Sihat Selangor Daerah Kuala Langat di Dataran Morib yang turut dihadiri Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali pagi tadi.

Karnival Sihat Selangor terlebih dahulu dikenali sebagai Program Sihat Selangor sebelum dijenamakan semula pada tahun 2015 sebagai satu karnival.

Mula diperkenalkan pada tahun 2014, Karnival Sihat Selangor kini dijadikan program tahunan di kesemua 12 PBT seluruh Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.