Categories
NASIONAL

Afdlin Shauki tempelak KJ: “Orang tak malu sokong PAS sekarang bro!”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 12 OGOS: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ditempelak pengarah dan artis komedi popular, Afdlin Shauki berikutan kenyataan berbaur politik oleh Khairy dengan menyamakan penyokong kelab bola sepak Liverpool dengan PAS.

Afdlin dengan nada sinis, berkata Khairy tidak harus mencampurkan urusan politik yang makin merungsingkan rakyat dengan apa yang menjadi kegemaran.

“Dahlah semua benda berbaur politik sangat merungsingkan rakyat, rasanya ada khutbah Jumaat berbaur politik sekarang, ni bola pun nak kasi panas! Tak payahlah bro.

IMG-20150812-WA000“Kita memang suka ‘menganjing’ sesama kita, it’s part bila kita sokong team bola tapi setelah semua benda dalam timeline aku yang merimaskan aku, jangan bola aku pun kau nak politikkan.

“Lagipun rasanya orang tak malu sokong PAS sekarang bro. Biar kalah tapi dihormati, jangan menang tapi dibenci. YNWA!,” tulis Afdlin di laman facebooknya, semalam.

Kenyataan Afdlin itu menerima lebih 5,000 ‘like’ dan 463 komen pengguna laman sosial terbabit.

Rizwan Ali, berkata “ambik kau, saya penyokong PAS. Ada aku malu? No” dan Mohamad Faisal menulis “jarang nak komen status artis ni tapi yang ini saya sokong 100%.”

Mohd Alliph Maryani pula menulis “Fakta: Lagipun rasanya orang tak malu sokong PAS sekarang bro. Biar kalah tapi dihormati, jangan menang tapi dibenci.”

Bagaimanapun, kenyataan Afdlin itu turut mengundang komen yang mengambil kesempatan memulangkan paku buah keras kepada Afdlin.

“Apa cerita bangkang dari longkang lu bro?,” tulis Muhammad Fahir Roslan merujuk klip video lakonan Afdlin sendiri yang turut berbaur politik hingga menyinggung perasaan sesetengah penonton.

KHAIRYSelain Afdlin, penyanyi popular, Faizal Tahir menyifatkan kenyataan berseloroh Khairy sebagai lawak tidak menjadi dan menyebabkan beliau hilang rasa hormat kepada menteri terbabit.

“Mmm…Tak cakap pun tak jadi. Pada saya ‘lawak’ dia jadi, jadi bodoh. Please sir, I believe we are better than this. We could all be better than this,” tulis beliau memetik rangkap lagu ‘Assalamualaikum’ nyanyiannya.

Pada 9 Ogos lalu, Khairy pada sesi Hard Talk di Persidangan Pelajar Malaysia ke-9 dengan berseloroh berkata menyokong Liverpool sama seperti menyokong PAS.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.