Categories
NASIONAL

Lajim: Sabah akan contohi Selangor

Oleh: NORHAYATI UMOR

SABAH, 12 OGOS: Konsep ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ menjadi insipirasi kepada Sabah jika negeri itu berjaya ditawan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusi PKR, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata ia bukan saja diikuti, bahkan akan menambah baik program bagi berkongsi kekayaan negeri termasuk miskin bandar.

“Memang kita sangat mengambil perhatian masalah rakyat. Itu juga adalah polisi nasional parti. Tetapi, inisiatif itu juga akan diberikan kepada golongan miskin bandar.

IMG_20150809_181211“Di Kota Kinabalu dan Likas, walaupun bandar namun masih ramai lagi yang miskin. Itu memang dalam kajian kita,” katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di kediamannya, di Likas, baru-baru ini.

Lajim berkata, peluang pekerjaan bagi golongan belia akan diperluaskan termasuk pekerja kerajaan, swasta termasuk peluang perniagaan.

“Anak muda memerlukan ketelusan. Kita akan mendapatkan mereka pekerjaan dan perniagaan. Lihat sahaja di Universiti Malaysia Sabah (UMS), graduasi empat ribu setiap tahun, tetapi kerja tak cukup.

“Wang rakyat kita tidak akan sesekali gunakan ke jalan salah dan tidak mendatangkan keuntungan pada rakyat atau kepada kroni.

IMG_20150809_163440“Ini semua dilakukan Barisan Nasional (BN). Jika ulang perkara sama, lima tahun akan datang kita hilang kerajaan sama ada BN ambil alih atau parti baru,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menuntut Kerajaan Pusat supaya memberi peruntukkan belanjawan lebih kepada negeri itu bagi keseimbangan pembangunan dapat dilaksanakan.

“Mereka janji dalam tempoh lima tahun akan ada perubahan, tetapi lihat sekarang tiada perubahan. Sebagai contoh, lebuh raya di Semenanjung banyak, tetapi di Sabah tiada. Tiada keseimbangan pada negeri ini.

“Sabah ini, dari segi perhubungan sangat jauh. Sepatutnya, peruntukan itu lebih diberikan di negeri ini. Sebab itu kita perjuangkan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.